AUTOMATE SALES · AUTOMATION LEVEL 1

Bila order masuk, tindakan seterusnya boleh bergerak.

Semua asas commerce dalam Business, ditambah 3 workflow automation yang skopnya jelas, boleh diuji dan mempunyai log status.

RM4,880
15–25 hariHari bekerja selepas Content Ready
Sehingga 20 produkHad initial setup
2 pusinganPindaan sebelum kelulusan akhir
Sokongan 60 hariSkop asal yang dipersetujui

Anggaran pembangunan bermula selepas kandungan dan akses lengkap. Tempoh approval pihak ketiga tidak termasuk.

Apa yang anda dapat

  • Semua komponen Business, termasuk had sehingga 7 halaman.
  • Initial setup sehingga 20 produk.
  • Variasi produk asas seperti saiz atau warna apabila model data mudah.
  • 3 Business Automation Workflows: setiap workflow mempunyai 1 trigger utama dan sehingga 5 tindakan.
  • Basic conditional logic seperti success vs failed, value threshold atau status check.
  • Sehingga 2 external integrations keseluruhan untuk lapisan automation, contohnya BCL + NakWasap atau BCL + Google Sheets.
  • Handler webhook/API bagi event yang disokong provider.
  • Log automation asas: workflow, timestamp, status success/failed dan mesej ralat.
  • Funnel tracking ViewContent, AddToCart, InitiateCheckout dan Purchase jika architecture serta pengesahan membenarkan.
  • Ringkasan admin asas untuk order, pelanggan dan status automation jika menggunakan stack custom.
  • 1 sesi handover/training sehingga 60 minit untuk fungsi asal.
  • 2 pusingan pindaan dan 60 hari priority post-launch support bagi sistem asal.

Contoh penggunaan pakej

Gambaran penggunaan mengikut skop, bukan testimoni atau rekod hasil pelanggan.

01 · Bayaran berjaya

Trigger: payment.success → kemas kini Paid → simpan log transaksi → WhatsApp confirmation jika API tersedia → email confirmation → notifikasi admin.

02 · Bayaran gagal

Trigger: payment.failed → simpan transaksi gagal → delay → recovery message → pautan cuba semula jika provider menyokong → notifikasi admin/kemas kini status.

03 · Selepas pembelian

Trigger: order.completed → tunggu 3 hari → mesej follow-up → minta review → pautan review → rekod status follow-up.

Apa yang dikira sebagai 1 workflow?

1 trigger + sehingga 5 tindakan. Trigger tidak dikira sebagai tindakan. Update database, log entry, mesej, delay, API call, pautan recovery dan tindakan pada branch masing-masing dikira. Workflow, cabang dan integrasi dipersetujui sebelum pembangunan.

Contoh di atas ialah pilihan workflow yang boleh dibina apabila event dan API provider tersedia. Retry hanya dijanjikan jika architecture dan provider menyokongnya.

Apa yang tidak termasuk

  • Workflow atau tindakan tanpa had.
  • Full CRM, ERP, accounting dan payroll.
  • Role/access control kompleks, multi-branch routing dengan banyak rules.
  • Sync courier, marketplace dan inventori kompleks.
  • AI agent atau chatbot kompleks.
  • Lebih daripada 2 external integrations bagi automation.
  • Subscription, caj WhatsApp, penggunaan API, yuran payment gateway dan lesen premium pihak ketiga.

Skop yang telus

Integrasi pihak ketiga tertakluk kepada API, akaun, approval, rate limit dan polisi provider. Caj domain/hosting, subscription, payment gateway, email, WhatsApp dan API yang berkenaan disahkan berasingan.

Permintaan di luar had pakej melalui add-on atau quotation baharu. Tiada janji ranking Google atau hasil jualan tertentu.

Pakej Ecommerce Pro sesuai untuk anda?

Semak pilihan dalam borang. Skop projek disahkan sebelum development.